spot_img
spot_img

PKR Johor gesa SPRM buka siasatan isu Tabung Hartanah Bumiputera

spot_img

Hassan (gambar) berkata langkah itu diambil setelah pihaknya meneliti semula jumlah terkumpul tabung berkenaan yang dibentangkan di sidang DUN lalu. -Gambar fail

JOHOR BAHRU: PKR Johor hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan berhubung isu Tabung Hartanah Bumiputera di negeri tersebut.

Pengerusinya Hassan Karim berkata langkah itu diambil setelah pihaknya meneliti semula jumlah terkumpul tabung berkenaan yang dibentangkan di sidang DUN lalu.

Jumlah tersebut didapati berbeza dengan yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini.

- Advertisement -

Jelasnya, perkara itu turut menimbulkan keraguan memandangkan negeri berkenaan sedang panas dengan isu berkaitan skandal penyelewengan hartanah melibatkan beberapa individu berkepentingan.

Menurut Hassan, dalam satu jawapan bertulis, kerajaan negeri dilapor mengumpul sejumlah RM323 juta sejak 2013 dalam dana tabung untuk membantu golongan Bumiputera membeli rumah.

Namun, menurut beliau, kerajaan negeri kemudian mendakwa berjaya mengumpul RM600 juta setakat ini.

- Advertisement -

Jelas Hassan, perkara yang menimbulkan kekeliruan ialah jumlah RM600 juta yang terkumpul tersebut bukanlah daripada laporan penyata perakaunan dan tidak disokong sebarang dokumen ketika kenyataan itu dibuat.

Beliau dalam pada itu juga menyarankan agar siasatan dijalankan dengan telus dan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Source: PKR Johor gesa SPRM buka siasatan isu Tabung Hartanah Bumiputera | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img