Selepas berkenalan lebih enam bulan bersama seorang jejaka dari luar negara, pelakon Maya Karin mengakui hubungan mereka kini sudah berakhir.
Kata Maya, 37, punca perpisahan mereka kerana kurang keserasian antara mereka yang menyebabkan dia sendiri memutuskan untuk menamatkan hubungan tersebut.
“Dia hanya serasi untuk enam bulan, tidak cukup untuk seumur hidup saya. Memang benar tahun lalu saya ada berkenalan dengan seseorang namun apabila kembali ke Malaysia saya rasakan hubungan jarak jauh kami tidak akan berjaya.
“Jadi saya fikir langkah terbaik yang boleh saya lakukan adalah kembali fokus kepada kerjaya,” ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Munafik 2 di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu tidak serik untuk menjalinkan hubungan cinta lagi selepas beberapa kali episod cintanya musnah.
“Saya tidak pernah serik. Jika ditanya tentang kriteria jejaka idaman saya mestilah tinggi lampai, kelakar, cerdik, adventurous, mengambil berat dan pandai menjaga hati. Kalau boleh bercakap bahasa Inggeris itu adalah bonus,” tambahnya.
Sebelum ini, pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 itu pernah mendidikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada tahun 2008 namun malangnya berakhir dua tahun kemudiannya.
Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul ke layar perak menerusi filem seram Islamik, Munafik 2 yang akan memulakan penggambaran pada 20 Mac depan. Menerusi filem arahan Syamsul Yusof itu, Maya diberikan tanggungjawab menggalas peranan utama di samping Syamsul, Mawi dan seorang pelakon dari Indonesia.
Tak sabar pulak nak tengok Maya kembali beraksi filem seram
– Dewi Tularr
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @mayakarin, IG @finasmalaysia
Source: Maya Karin, Teman Lelaki Berpisah Selepas 6 Bulan Bercinta | Astro Gempak