spot_img
spot_img

Lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di kondominium

spot_img

Hasil laporan bedah siasat, lelaki berumur 42 tahun itu mati akibat sakit jantung kira-kira empat hari lepas berdasarkan kesan pereputan pada mayat. – Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata hasil laporan bedah siasat, lelaki berumur 42 tahun itu mati akibat sakit jantung kira-kira empat hari lepas berdasarkan kesan pereputan pada mayat.

“Mayat kini berada di Hospital Kuala Lumpur dan pihak kedutaan Korea Selatan telah dimaklumkan bagi mengesan anggota keluarganya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya polis dimaklumkan kes itu selepas menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan kondominum berkenaan pada 10.41 malam tadi yang terhidu bau busuk dari dalam rumah lelaki itu.

Beliau berkata polis dan pengawal keselamatan terpaksa menendang pintu bagi membukanya dan menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap di atas katil.

Munusamy berkata daripada maklumat ejen yang mengurus sewa unit kondominium itu, lelaki asing itu datang ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris dan menyewa kediaman itu sejak Mei tahun lepas.

Bernama
- Advertisement -

Source: Lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di kondominium | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img