spot_img
spot_img

Kerap Makan Dada Ayam, Avocado & Telur, Rahsia Yoon Seung Ah Cepat Kurus 

spot_img

Haa, memandangkan korang semua memang suka ‘follow’ nasihat orang Korea, ni sikit tips dari diet dari Yoon Seung Ah. Tak kurus gak korang hakak tak tau la nak tolong cane lagi.

– Dewi Tularr

Pelakon Korea, Yoon Seung Ah perlu memantau berat badannya untuk memastikan dirinya kelihatan cantik ketika memakai gaun pengantin untuk salah satu babak dalam drama online The Birth of A Mrs.

Menerusi akaun Instagramnya, Seung Ah kerap berkongsi foto-foto makanan sihat yang dimasak olehnya untuk tatapan peminat.

Antara bahan makanan yang menjadi pilihan aktres berusia 33 tahun ini adalah dada ayam, buah Avokado dan telur.

- Advertisement -

Seung Ah juga lebih selesa mengambil inisiatif untuk memasak sendiri makanan kesihatan terutamanya sarapan pagi.

Dalam pada itu, ada juga di antara foto-foto yang dikongsi olehnya itu disertakan bersama resepi.

“Pumpkin + chicken breast + ham & seed + almond,” tulisnya ringkas.

- Advertisement -

Bagaimanapun, ternyata tindakan Seung Ah membuahkan hasil apabila dia kelihatan begitu cantik ketika menggayakan gaun pengantin untuk babak perkahwinan tersebut.

Saksikan dramaThe Birth Of A Mrs yang disiarkan secara online menerusi portal Gempak.com

Drama 10 episod ini merupakan drama Korea online pertama yang ditayangkan di Gempak.com.

Untuk menonton episod penuh, KLIK DI SINI

Teks oleh: Mya Amri

Source: Kerap Makan Dada Ayam, Avocado & Telur, Rahsia Yoon Seung Ah Cepat Kurus | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img