spot_img
spot_img

Iceland jadi negara pertama bayar gaji sama rata lelaki wanita 

spot_img

BJARNI BENEDIKTSSON: Iceland jadi negara pertama bayar gaji sama rata kepada lelaki dan wanita. – Gambar REUTERS/Geirix/FILE

Iceland akan menjadi negara pertama di dunia untuk memperusahakan bayaran gaji yang sama tanpa mengira jantina, etnik, seks atau kewarganegaraan.

Sempena Hari Wanita, Perdana Menteri Iceland, Bjarni Benediktsson berkata mereka akan memperkenalkan satu undang-undang kepada Parlimen bulan ini.

Perundangan itu memerlukan majikan yang mempunyai lebih 25 kakitangan memperoleh sijil perakuan untuk membuktikan bahawa mereka bayar gaji yang sama untuk wanita dan lelaki yang melakukan pekerjaan sama.

- Advertisement -

Difahamkan, setiap syarikat akan menjalani perakuan tersebut setiap tiga tahun.

Walaupun beberapa negara lain mempunyai dasar gaji sama rata ini, Iceland dianggap untuk menjadi yang pertama untuk mewajibkan perkara ini di kedua-dua syarikat kerajaan dan swasta.

Menteri Hal Ehwal Sosial, Thorsteinn Viglundsson berkata “ini merupakan masa yang sesuai untuk melakukan sesuatu yang radikal tentang isu ini.”

- Advertisement -

“Persamaan hak adalah hak asasi manusia.”

“Kita perlu memastikan lelaki dan wanita menikmayti peluang yang sama di tempat kerja. Ia menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil setiap langkah untuk mencapainya. ”

Source: Iceland jadi negara pertama bayar gaji sama rata lelaki wanita | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img