spot_img
spot_img

Datuk Siti Nurhaliza, Fara Fauzana Tak Sabar Nak Sertai Konvoi Berbasikal 

spot_img

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan pengacara popular Fara Fauzana bakal menyertai program Konvoi Berbasikal Wanita 2017 yang akan diadakan pada 11 Mac ini, bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Dua selebriti yang bersahabat baik itu, menerusi laman sosial masing-masing teruja berkongsi foto persiapan mereka menjelang acara tersebut.

Selain memuat naik beberapa keping foto, mereka turut merakam sebuah video sedang mengayuh sebuah basikal.

Fara juga kelihatan sangat nakal apabila mempertikai kempampuan penyanyi nombor satu negara berbasikal.

- Advertisement -

Video yang dikongsi itu telah mendapat perhatian peminat dan mereka berpendapat gelagat Siti dan Fara melucukan.

Ada juga di antara peminat yang meluahkan rasa tidak sabar mereka untuk berjumpa selebriti kesayangan mereka itu di Putrajaya pada Sabtu ini.

Beberapa hari kebelakangan ini Siti turut berkongsi fotonya melakukan persediaan awal dan menjalani sesi latihan bersama jurulatih khas.

- Advertisement -

Siti juga telah berjaya melengkapkan kayuhan sejauh 23 kilometer.

Berikut adalah video yang di kongsi Fara Fauzana menerusi Instagramnya:

Teks oleh : Izzat Ridzwan
Foto : Instagram @ctdk
Source: Datuk Siti Nurhaliza, Fara Fauzana Tak Sabar Nak Sertai Konvoi Berbasikal | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img