spot_img
spot_img

Aku Dah Move On Kau Cari Pasal – Fasha Sandha Diganggu 1000 Missed Calls 

Fasha Sandha mendedahkan privasinya diganggu oleh hampir seribu missed calls, beribu mesej dan rakaman suara oleh seseorang.

Pelakon jelita Fasha Sandha mendedahkan privasinya diganggu oleh hampir seribu missed calls, beribu mesej dan rakaman suara oleh seseorang.

Pelakon filem Badang The Movie ini meluahkan isi hatinya menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya, @fashasandha.

Berikut merupakan luahan hati Fasha:

- Advertisement -

“Bismillahirahmanirahim.

“Bila kita diatas; selalunya nasib lebih memihak kepada kita.

“Tapi jangan lupa, keadilan di Akhirat kelak.. Allah lebih mengetahui, satu persatu amalan kita dan segala yang kita lakukan.

- Advertisement -

“Saya tak suka nak kongsi cerita di media sosial, tapi mungkin malam ni, saya buat untuk kebaikan saya dan keluarga saya. .

“Dulu orang mengherdik saya, mencaci hina saya, tanpa usul periksa. Saya tidak boleh membuka mulut untuk membela diri saya dan keluarga. Orang tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Berapa kali saya melarikan diri dan menjauhkan diri daripada dia agar saya tidak bersama dengan dia. Saya tahu betapa bencinya keluarga dia kepada saya. Ditambah pula dengan ‘HASUTAN’ orang yang lama.

“Apapun, Takdir Allah kami bersama.

“Masa telah berlalu; ianya tidak berkekalan diatas ‘SEBAB2 TERTENTU’

“Saya yakin, anda boleh fikir sendiri apakah sebabnya.

“Saya cuma berharap; ada yang dapat memberikan kesedaran kepada mereka; bahawa bukan saya; bukan saya yang tergila2 ; bukan saya; tetapi DIA. Semuanya berBUKTI

“Selepas tidak bersama;

“Kalau nak dihitung, dah dekat seribu missed calls di masa2 yang weird; beribu messages, beribu voice recorder yang telah saya rakam;

“Saya akan gunakan demi membela diri saya; demi MARUAH saya.

“Belajar menghormati privasi saya

“Please Get well soon, to u and family;

“Akan ku buka satu demi satu.

“Biar semua orang tau…kisah sebenar.

“Demi membela diri.

“Silakan lah berikan ni kepada pihak mereka. .

“Agar mereka sedar siapa yang GILA

“#akudahmoveonkaucariPASAL #semogakeluargakauINSAF #semogakeluargakausedarKAUGILA #akankubukasatupersatu #biladahgelabahkausamansanasini #akuadabukti #akubaikkaupijakkepala #kaumasihlagigila,” tulis Fasha.

Sebelum ini, Fasha mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, 40, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Fasha dan Rizal dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 3, serta Putri Raysha Jemyma, 2.

Rizal pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 9.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Source: Aku Dah Move On Kau Cari Pasal – Fasha Sandha Diganggu 1000 Missed Calls | Astro Gempak

comments

Terkini

spot_img
spot_img