spot_img
spot_img

Setelah Lama Menyepi, Hanis Zalikha Buat Comeback. 

spot_img

Pengacara dan pelakon, Hanis Zalikha yang sebelum ini popular menerusi program Raikan Cinta, bakal kembali aktif dalam industri seni setelah lebih setahun berdiam diri.

Hanis atau lebih mesra dipanggil “Keknis” oleh peminatnya bakal muncul dalam sebuah program bual bicara yang akan ditayangkan di Astro Oasis, Pesona Muslimah.

Hanis juga menerusi akaun Instagram miliknya telah berkongsi dengan peminat tentang aktiviti terbaharunya itu dengan memuat naik sekeping  foto dengan caption “Hai. Setelah sekian lama”.

Berdasarkan caption yang ditulis Hanis, jelas menggambar dia rindu untuk beraksi di hadapan kamera dan hasratnya itu tercapai apabila bakal muncul dalam program bual bicara tersebut.

- Advertisement -

Selain ucapan tahniah atas kemunculan kembali dalam dunia hiburan, peminat Hanis Zalikha juga menyatakan bahawa mereka ternanti-nanti kemunculan isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu dan ada di antara mereka yang merindui pengacaraan Hanis dalam program Raikan Cinta yang ditayangkan di Astro Ria pada tahun 2013 lalu.

Hanis yang kini memiliki putera sulung bernama Yusuf Iskandar, dilihat bukan sahaja sentiasa mengambil berat tentang perkembangan bayinya itu, malah amat menitik beratkan tentang pemakanan anaknya dan sentiasa berkongsi tips penjagaan bayi bersama pengikutnya di Instagram.

Teks oleh : Izzat Ridzwan
Kredit gambar : Instagram @haniszalikha

- Advertisement -

Source: Setelah Lama Menyepi, Hanis Zalikha Buat Comeback. | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img