Juri Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Neelofa bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja program tersebut tamat, malam Jumaat lalu.
Astro Gempak difahamkan Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor ke Paris untuk menjalani penggambaran bersama majalah GLAM Malaysia di kota cinta itu.
Pengacara MeleTop itu juga telah berkongsi foto dengan peminat di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi foto-foto tersebut jelas kelihatan wajah teruja Neelofa kerana telah terpilih menjadi selebriti berhijab pertama menghiasi muka depan majalah tersebut.
Pengikut IG Neelofa turut teruja menanti hasil penggambaran tersebut dan ada di antara mereka juga mengucapkan tahniah kerana selebriti kesayangan mereka terpilih dipilih menjadi penghias muka depan majalah berprestij itu.
Selain itu pemilik jenama jenama tudung terkenal, Naelofar Hijab itu turut berkongsi sebuah video sesi penggambaran yang dijalankan selain memberitahu cabaran yang perlu dihadapinya apabila berdepan cuaca sejuk dan salji di sana.
Berikut merupakan video yang dikongsi Neelofa di Instagramnya:
Source: Neelofa Terbang Ke Paris Selepas Persembahan Minggu Ketiga MLM 2017 Tamat | Astro Gempak