spot_imgspot_img

Nabil Gembira, Berjaya Temubual Jackie Chan & Nicole Kidman 

Pelawak Nabil Ahmad kini berada di Los Angeles sebagai hos karpet merah untuk Anugerah Akademi ke-89 (Oscars).

Pelawak Nabil Ahmad kini berada di Los Angeles sebagai hos karpet merah untuk Anugerah Akademi ke-89 (Oscars).

Hasrat Nabil untuk menemubual beberapa bintang ternama Hollywood tercapai selepas menunggu beberapa jam di karpet merah tersebut.

Antara selebriti yang berjaya ditemui Nabil antaranya Jackie Chan, Mario Lopez, Nicole Kidman dan Salma Hayek.

Nabil yang dihubungi oleh HBO secara langsung menerusi panggilan video berkata misi mendapatkan selebriti untuk ditemubual bukanlah satu perkara yang mudah.

“Suasana di karpet merah sangat meriah dan saya berpeluang untuk melihat sendiri artis antarabangsa lalu dihadapan saya.

“Memang tak mudah nak menemubual mereka tetapi saya bersyukur kerana berjaya mendapatkan Nicole Kidman dan Salma Hayek.

“Saya cuba juga untuk dapatkan Emma Stone dan Ryan Gosling namun tidak berjaya.

“Apa yang saya boleh katakan ini merupakan pengalaman pertama yang hebat dan saya takkan lupakan sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu gelagat Nabil ketika menemubual selebriti di karpet merah juga dikongsikan oleh wakil HBO Asia, Amyer Zulfadly menerusi Insta Story sebentar tadi.

Anugerah Oscar bersiaran secara langsung di Hollywood Dolby Theatre, Los Angeles.

Disini Astro Gempak kongsikan foto-foto menarik Nabil di karpet merah Oscars:

Teks oleh: Mya Amri

 

Source: Nabil Gembira, Berjaya Temubual Jackie Chan & Nicole Kidman | Astro Gempak

comments

Terkini

spot_img
spot_img