spot_img
spot_img

Jumlah wanita Malaysia pegang peranan penting dalam perniagaan paling kecil di ASEAN 

spot_img

34 peratus daripada perniagaan di negara ini tidak langsung mempunyai wanita di peringkat pengurusan kanan berbanding 31 peratus sebelum ini. – Foto: iStock

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai bilangan terendah dari segi jawatan kanan yang dipegang wanita dalam sektor perniagaan di ASEAN, demikian menurut laporan terbaharu oleh Grant Thornton.

Laporan Perniagaan Antarabangsa (IBR) 2017, satu tinjauan yang dijalankan antara Oktober-Disember 2016, mendapati hanya 24 peratus daripada jawatan kanan dalam perniagaan di Malaysia dipegang oleh wanita, turun berbanding 26 peratus yang dicatatkan pada IBR 2016.

Menurut laporan itu, 34 peratus daripada perniagaan di negara ini tidak langsung mempunyai wanita di peringkat pengurusan kanan berbanding 31 peratus sebelum ini.

- Advertisement -

Tinjauan tahunan itu mendapati Indonesia mempunyai kadar tertinggi jawatan kanan perniagaan yang dipegang oleh wanita (46 peratus) diikuti Filipina (40 peratus), Thailand (31 peratus) dan Singapura (30 peratus).

Rakan Pengurusan Negara Grant Thornton Malaysia Datuk NK Jasani berkata walaupun perniagaan di seluruh ASEAN mencatatkan peningkatan jumlah jawatan kanan dipegang wanita, Malaysia masih ketinggalan.

“Ini mencetuskan kebimbangan bagi pertumbuhan perniagaan kerana ia menunjukkan kita tidak memaksimumkan potensi yang ada.

- Advertisement -

“Kepelbagaian merupakan kunci kepada kejayaan mereka dan mereka yang masih berfikiran tertutup meletakkan diri mereka pada risiko akibat tidak memanfaatkan potensi penuh selain hilang akses kepada pemikiran yang pelbagai,” katanya.

— BERNAMA

Source: Jumlah wanita Malaysia pegang peranan penting dalam perniagaan paling kecil di ASEAN

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img