spot_img
spot_img

Gigi Hadid Berhijab untuk Edisi Sulung Vogue Arabia 

Model terkenal antarabangsa Gigi Hadid menjadi wajah pertama majalah Vogue edisi Arabia. Menariknya, model itu mengenakan hijab untuk menjayakan sesi fotografi tersebut.

Model terkemuka antarabangsa, Gigi Hadid diundang untuk menjadi wajah pertama majalah Vogue Arabia.

Bertemakan Reorienting Perceptions, Gigi, 21, mengenakan sehelai kain layah bertatahkan batu permata untuk sampul hadapan dan belakang majalah tersebut. Lebih unik, Gigi turut menyarung sehelai selendang berwarna ungu untuk helaian dalam majalah itu.

- Advertisement -

Model itu turut berkongsikan hasil akhir majalah Vogue Arabia di laman sosial Instagramnya (@gigihadid) bersama pandangan mengenai pemilihannya sebagai wajah utama.

“Bagi saya, perkara terindah apabila menjadi wajah Vogue untuk pasaran antarabangsa adalah kita dapat meraikan dan berkongsi kepada dunia tentang kepelbagaian budaya dan fesyen. Sebagai individu yang mempunyai sebahagian darah Palestin, saya harap majalah ini akan memperlihatkan sudut berbeza dalam industri fesyen dunia dan menyatukan semua orang,” tulisnya di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Foto-foto Gigi telah dirakamkan oleh jurugambar terkenal Inez & Vinoodh dan menyarung busana rekaan Brandon Maxwell.

- Advertisement -

Majalah itu telah mula dipasarkan di negara Timur Tengah bermula 1 Mac lalu.

Source: Gigi Hadid Berhijab untuk Edisi Sulung Vogue Arabia | Astro Gempak

comments

Terkini

spot_img
spot_img