spot_img
spot_img

Fattah Digosip Bercinta Dengan Wanita VIP, Netizen Petik Nama Azrinaz Mazhar Hakim 

spot_img

Tiada lagi #lofattah, selepas ini tag team apa pula?

Selepas episod cinta dengan Neelofa, nama Fattah Amin kembali disebut-sebut apabila dia kononnya kini sedang menyulam cinta dengan seorang wanita berstatus kenamaan.

Khabarnya, wanita yang dimaksudkan itu merupakan seorang selebriti yang pernah menjadi isteri kepada seorang kenamaan pada suatu ketika dahulu.

Hubungan Fattah dan wanita itu dikatakan mula terjalin selepas pelakon lelaki itu membuat kenyataan sudah tidak mempunyai hubungan dengan pelakon popular Neelofa.

- Advertisement -

Bagaimanapun, netizen memetik nama Azrinaz Mazhar Hakim sebagai individu yang dimaksudkan memandangkan mereka pernah memuatnaik foto bersama.

Malah ruang komen foto di laman sosial Instagram Azrinaz turut dihujani pelbagai komen daripada peminat. Ada yang mendoakan mereka bersama dan ada juga menyifatkan hubungan mereka tidak sesuai.

- Advertisement -

Sebelum Neelofa, Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Sherry Ibrahim.

Azrinaz pula sebelum ini pernah bercinta dengan selebriti Wak Doyok sebelum mengakui telah putus pada hujung tahun lalu.

Kita tunggu penjelasan selanjutnya daripada Fattah dan Azrinaz selepas ini.

Source: Fattah Digosip Bercinta Dengan Wanita VIP, Netizen Petik Nama Azrinaz Mazhar Hakim | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img