spot_img
spot_img

Eskalator di Sunway Pyramid disalahgunakan – pengurusan 

spot_img

Pihak pengurusan Sunway Pyramid mengambil kesempatan mengingatkan pengguna agar mematuhi peraturan menggunakan eskalator seperti pandang ke hadapan dan berdiri di antara garisan kuning. Foto Wikimedia.com

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Sunway Pyramid pada Isnin mendakwa eskalator pusat beli-belah itu telah disalahgunakan sebelum berlaku kejadian tidak diingini pada Ahad, mengakibatkan seorang remaja perempuan cedera di bahagian betisnya.

Pengurusan itu dalam kenyataan rasminya semalam, menyatakan hasil siasatan mendapati terdapat penyalahgunaan eskalator itu, termasuk dengan penggunaan kereta sorong bayi, sekaligus menunjukkan kurangnya etika sebagai faktor penyumbang terhadap insiden buruk itu.

“Pihak pengurusan pusat membeli-belah ini bersama-sama OTIS serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah memeriksa pelbagai sumber dan akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan,” kata kenyataan itu.

- Advertisement -

Insiden itu yang menjadi tular di media sosial menunjukkan mangsa terduduk di tepi eskalator dengan luka di bahagian betis, sambil ditenangkan oleh rakan-rakannya.

Menurut kenyataan itu, pelajar berusia 20 tahun itu semakin pulih dan kini dalam penjagaan yang baik di hospital berhampiran.

Kenyataan itu berkata pusat beli-belah itu akan memasang besi penghadang di kesemua eskalatornya bagi mengelak kereta sorong bayi, troli, kerusi roda atau sebarang bentuk barangan seumpama itu daripada menggunakan eskalator.

- Advertisement -

“Pihak pengurusan pusat membeli-belah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan pengguna agar mematuhi peraturan menggunakan eskalator seperti pandang ke hadapan dan berdiri di antara garisan kuning dan bukan bersandar di susur tangan yang bergerak,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA

Banyak betul insiden-insiden berkenaan eskalator yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini, agak menakutkan juga bila difikirkan.

Memang seram & simpang malaikat 44, jangan la terjadi pada kita atau kaum keluarga kita. Tapi malang tidak berbau, kita sebagai anggota masyarakat juga ada tanggungjawab untuk bersama memelihara harta awam. Ini semua pun akibat penggunaan yang tidak bertanggungjawab juga sebenarnya.

Ni antara gambar yang dikongsi oleh netizen berikutan insiden tersebut.

7e58

3f24

6e9e

B5a1

Fca7

Gambar diambil dari Facebook via Durian Kopi O

Source: Eskalator di Sunway Pyramid disalahgunakan – pengurusan 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img