spot_img
spot_img

Benarkah Nur Sajat benar-benar wanita 

spot_img

Netizen meragui surat pengakuan daripada doktor yang dimuat naik Nur Sajat melalui Instagramnya semalam.

TERSEBAR di media sosial ketika ini mengenai pengesahan individu yang dilahirkan dengan dua jantina Nur Sajat, kini seorang wanita.

Menerusi laman Instagramnya, Nur Sajat memuat naik satu foto yang menunjukkan satu surat rasmi yang tertulis daripada Hospital KPJ Ampang Puteri, yang memberi ‘pengesahan’ jantina individu bernama ‘Sajjad’.

Dalam surat tersebut, ia tertulis: “Saya telah melakukan pemeriksaan kepada individu bernama di atas, di Hospital Pakar Ampang Puteri yang kini berjantina wanita.”

- Advertisement -

Pemilik syarikat kosmetik dan kecantikan itu turut dikenali jenaka dan gaya hidupnya yang digemari pengikut Instagramnya.

Sehingga hari ini dia mempunyai pengikut seramai lebih 412,00 pengikut.

'Surat pengakuan pemeriksaan' yang dimuat naik di Instagram Nur Sajat pada 16 Februari 2017 - Foto Instagram / @nursajat02

‘Surat pengakuan pemeriksaan’ yang dimuat naik di Instagram Nur Sajat pada 16 Februari 2017 – Foto Instagram / @nursajat02
- Advertisement -

Bagaimana pun, Astro AWANI cuba menjejaki doktor yang dikatakan memberi pengesahan jantina Nur Sajat di Instagram iaitu Dr Katheeja Alavi Syed Alavi Thangal.

Keraguan itu timbul, apabila ada beberapa pengikutnya mempertikaikan pengesahan surat rasmi itu.

Astro AWANI menghubungi nombor yang tertera di surat tersebut untuk mendapat pengesahan, dan dimaklumkan oleh salah seorang kakitangan hospital berkenaan, Dr Katheeja sudah tiga tahun bersara dari hospital tersebut.

Semakan di laman LinkedIn tersebut juga mendapati Dr Katheeja sudah berhenti daripada hospital pakar itu pada tahun 2014.

Paparan skrin profil LinkedIn milik pengguna bernama Katheeja Alavi.

Paparan skrin profil LinkedIn milik pengguna bernama Katheeja Alavi.

Nur Sajat sebelum ini menjadi popular dalam kalangan netizen satu ketika dahulu apabila beliau mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya.

BACA: Nur Sajat dedah beliau sebenarnya dilahirkan khunsa 

Dia juga mengejutkan netizen pada tahun lalu apabila mendedahkan dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.

Difahamkan, Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih gemar melakukan kerja-kerja seorang perempuan.

Nur Sajat menjelaskan situasi menjadi buruk apabila beliau mula takut untuk pergi ke sekolah dan rasa malu untuk masuk ke tandas kerana tidak mahu orang lain tahu akan dirinya itu.

Sejarahku penuh liku liku kehidupan,dengan usia ku yang kini mencecah 31thn ini,aku amat bersyukur di beri rezeki yang halal dan diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan Muhammad syahmi,walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku,tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi….. Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985,ayah ku dahulu seorang tentera laut malaysia(Navy) dan mak ku seorang pembantu makmal,ku dilahirkan di hospital lumut perak,di situ bermula lah sejarah ku bermula….pada jam 10.30am,ku dilahirkan…..dokter,nurse dan ayah ku,terkejut dengan kelahiran ajaib ku…aku(sajat) mempunyai 2 kemaluan…time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa….. Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap… ORANG ORANG TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu batin nya akan lemah…. Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah tertulis tentang kehidupan ku…. Time tu ayah dan mak cuba membesarkan ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti wanita… Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2… Tapi time tu aku ingat benda ini semua nampak normal…. Masa aku nak masuk sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan…nanti orang kata aku cacat..sampai aku sanggup tahan kecing aku dari pagi sampai tengahari tau..biar lah aku melepas kat rumah…sampai lah satu tahap,aku kena batu karang dan kencing berdarah apa usia 6thn.. Kerana kerap tahan kencing… Kehidupan sebagai KHUNSA ini berbeza dengan orang normal…saya akan kongsi lagi cerita saya pada anda…CERITA TENTANG NUR SAJAT RAHSIA KELUARGA SAYA SELAMA INI…saya simpan selama 31thn..cukup2 lah anda diluar sana menghentam saya…?

A post shared by Nur Sajat (@nursajat02) on Apr 20, 2016 at 9:43am PDT

Source: Benarkah Nur Sajat benar-benar wanita | Astro Awani

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img