spot_img
spot_img

8 Perkara Menarik Di MLM 2017 Yang Penonton Di Rumah Tak Tahu 

spot_img

Pentas ketiga Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) menyaksikan Mad Sabah diumumkan sebagai peserta tersingkir.

Pada minggu tersebut, kumpulan Bocey berada di tangga teratas diikuti Zero dan Shiro.

Sementara itu, anggota daripada kumpulan Zero, Syaiful telah dipilih menjadi Gempak Man Of The Match (GMOTM) pada minggu ketiga yang bertemakan ‘Percutian’.

Astro Gempak senaraikan lapan perkara menarik yang berlaku pada minggu ketiga:

1. Setiap minggu sebelum persembahan bermula, penonton di Royal Teater Shah Alam akan jerit nama Neelofa. Maklumlah juri hot!

2. Kehadiran ‘Briged MLM’ pada setiap minggu menghangatkan suasana Royal Teater dengan paluan gendang mereka. Dah macam pasukan sorak Ultras Malaya kat stadium bola!

3. Kalau nak tengok para perserta MLM pucat, resah dan gelisah…pergilah belakang pentas! Hahaha…masa ini kalau ada yang buat lawak pecah panggung pun tak ada orang layan.

4. Setiap penjuru yang ada di belakang pentas akan dipenuhi oleh peserta untuk melakukan rehearsal terakhir sebelum persembahan.

5. Peserta yang sudah membuat persembahan akan memberi semangat dan dorongan kepada kawan-kawan yang lain melalui sorakan daripada belakang pentas.

6. Semasa program berhenti untuk iklan, ada penonton yang sanggup berlari ke meja juri daripada tempat duduk di bahagian atas semata-mata untuk mengambil selfie.

- Advertisement -

7. Setiap minggu pihak produksi akan memberikan cenderahati istimewa daripada kepada para penonton di Royal Teater apabila program berhenti untuk laluan iklan.

8. Ketika kek kejutan hari lahir dibawa kepada Datuk Rosyam Nor, lilin telah pun terpadam sebelum sempat sampai kepadanya.

Jumaat ini 12 orang peserta bakal mempertaruhkan nasib mereka pada malam bertemakan ‘Zaman Belajar’.

- Advertisement -

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa yang akan mengadili para peserta selama 12 minggu.

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Source: 8 Perkara Menarik Di MLM 2017 Yang Penonton Di Rumah Tak Tahu | Astro Gempak

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img