spot_img
spot_img

Tun Mahathir pertahan BR1M rasuah

spot_img

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah.

Beliau berkata, kenyataannya itu dibuat berdasarkan maklum balas diterima daripada orang kampung.

“Saya mempertahankan ia (BR1M) satu bentuk rasuah. Ia dijelaskan daripada komen oleh penerima BR1M di kampung.

- Advertisement -

“Mereka berkata: ‘Saya akan sokong Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana beliau beri saya wang. Mahathir tidak beri saya wang’,” katanya dalam tulisan di blognya, semalam.

Mahathir mendakwa, BR1M merupakan wang dari kerajaan dan jelas digunakan untuk memastikan rakyat mengundi parti kerajaan dalam PRU13.

“Ini kerana manifesto BN dalam PRU13 menjanjikan BR1M dinaikkan jika parti kerajaan menang. Secara nyata, ia adalah bagi membeli undi daripada pengundi.

- Advertisement -

“Jika ia bukan untuk membayar undi dalam pilihan raya, ia tidak boleh disebut dalam manifesto BN,” katanya.

Menurut beliau, BR1M bukan saja satu bentuk rasuah tetapi akan turut merosakkan minda rakyat.

“Saya mencadangkan kerajaan menjalankan kajian yang teratur untuk mengenal pasti rakyat yang benar-benar miskin dan memberi mereka wang yang mencukupi untuk memiliki kehidupan yang baik.

“Berhenti memberi wang melalui pihak kerajaan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img