spot_img
spot_img

Bot karam: Dua hilang

spot_img

20161212_105133

KUCHING – Dua pelajar warga Nigeria sebuah universiti swasta di Miri dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki karam di Tasik Taman Negara Loagan Bunut, Miri kira-kira pukul 11 malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Amatie Mohamad dan Enine Danial, manakala empat lagi pelajar dan pemandu bot terselamat.

- Advertisement -

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7.01 pagi tadi.

Menurut jurucakap pusat itu, bot gentian kaca berukuran 20 kaki yang membawa rombongan enam pelajar Curtin University, Miri dan pemandu bot dipercayai karam semasa aktiviti meninjau dan kajian kehidupan liar, iaitu buaya di kawasan tasik tersebut.

Beliau berkata, kejadian disedari seorang pemandu bot awam warga tempatan yang kebetulan melalui tempat yang sama dan seterusnya membuat laporan kepada pengurus taman, Anthony Chong.

- Advertisement -

Chong memaklumkan pengurusan taman kemudian menggerakkan satu pasukan penyelamat seramai lima orang ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Penyelamat Taman Negara Loagan Bunut, Kamal Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata, pasukannya telah berada di lokasi kejadian dan setakat pukul 9 pagi ini, kedua-dua pelajar yang hilang belum dijumpai.

Katanya, gerakan mencari dan menyelamat akan diteruskan dengan bantuan anggota bomba dan polis.

Masa perjalanan untuk ke lokasi kejadian dari pekan Marudi ke Long Tinjar menggambil masa empat jam sebelum menaiki bot ke Long Teru yang mengambil masa sejam untuk sampai ke Tasik Loagan Bunut. – Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img