spot_img
spot_img

Sultan Johor bertemu dengan Syed Saddiq di ‘Istana Flinstone’

spot_img

ss-sultan-johorKUALA LUMPUR, 28 Nov: Sultan Ibrahim Iskandar Johor mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Berikut merupakan catatan Syed Saddiq menerusi laman Facebooknya mengenai pertemuannya bersama Sultan Johor:

Patik menyembahkan kesyukuran ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor dan keseluruhan kerabat diraja Johor yang berkenan menjemput patik datang ke Istana Flinstone, Mersing.

- Advertisement -

1. Sebelum patik tiba di Istana Flinstone secara jujurnya, patik cukup takut dan risau. Bukan kerana takut akan dikenakan tindakan berkenaan surat tempoh hari. Tapi risau sekiranya memang benar surat itu menyinggung perasaan DYMM Tuanku. Bukanlah niat patik ingin merendah-rendahkan Tuanku dengan warkah ikhlas tempoh hari.

Namun, selepas berpeluang menghadap DYMM Tuanku, patik dapati bahawa Tuanku merupakan seorang Sultan yang berjiwa rakyat. Sangat memahami diri kecil patik, rakyat biasa. Tuanku juga berkenan meluangkan masa memberi nasihat berkenaan masa depan Negeri Johor dan kerjaya patik. Patik sedar bahawa segala tindakan dan keputusan Tuanku adalah berdasarkan rasa cinta dan kasih yang mendalam kepada bumi titahan Tuanku, negeri Johor.

2. Patik juga ingin menjunjung kasih ke bawah DYAM TMJ kerana berkenan menyusun pertemuan ini. Sememangnya DYAM TMJ ialah seorang “visionary”. Baginda Tunku mempunyai impian dan perancangan tentang segala apa yang dititahnya. Bola sepak, kesepakatan Bangsa Johor dan masa depan anak muda Johor. Patik yakin bahawa bumi Johor akan kekal berkembang maju di bawah naungan DYMM Tuanku dan DYAM Tunku.

- Advertisement -

3. Patik sejujurnya amat terharu dan berasa rendah diri apabila DYMM Tuanku bersama seisi keluarga diraja sudi bercemar duli berjumpa patik dan meluangkan masa hampir seharian bersama patik, rakyat biasa.

Patik dilayan dan diterima bukan sebagai ahli politik dari mana mana pihak tetapi sebagai salah seorang Bangsa Johor. Patik berjanji akan terus berusaha dan berkerja keras untuk pembangunan Negara dan Negeri Johor khususnya selari dgn impian Tuanku dan Tunku.

Memang benar kata orang dulu-dulu, raja dan rakyat berpisah tiada.

Patik yang berdatang sembah,
Syed Saddiq

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img