spot_img
spot_img

MH17: Belanda gesa Rusia beri kerjasama

spot_img

accrareport_shocking-pictures-from-the-malaysia-airlines-flight-mh17-crash

MILAN 17 Okt. – Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte menggesa Rusia memberi kerjasama penuh berhubung siasatan terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Media Belanda melaporkan Rutte mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sempena Sidang Kemuncak Asia-Eropah kali ke-10 (ASEM) di Milan, Itali, semalam.

- Advertisement -

“Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Milan dan menggesa beliau memberi kerjasama penuh bagi menyelesaikan kes berkaitan MH17,” kata Rutte dalam laman sosial Twitternya, yang dimuat turun, semalam.

Sementara itu, dalam laman sosial Facebook Rutte berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pasukan pakar dapat memasuki kawasan nahas.

“Perkara ini melibatkan emosi dan sudah tentu saya berasa marah kepada mereka yang sering sahaja menghalang kami memulakan kerja-kerja di tapak kejadian.

- Advertisement -

“Kini terpulang pada kita untuk mencapai matlamat tersebut menggunakan segala peluang yang ada bagi menyelesaikannya,” jelas Rutte.

Empat orang pakar dari Belanda dilaporkan sudah memasuki tapak nahas yang terletak di kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak pro-Rusia di selatan Ukraine pada Isnin lalu, namun pegawai-pegawai Belanda termasuk Rutte mengeluh kerana kekurangan akses untuk sampai ke tapak rangka pesawat itu berada.

Sehingga kini mayat seramai 272 mangsa daripada 298 orang penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu sudah berjaya dikenal pasti identiti mereka. – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img