spot_img
spot_img

Aseh akan jumpa TMJ

spot_img

tan_sri_aseh_small tengku-mahkota-johor

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Pengerusi Jawatankuasa In­tegriti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Aseh Che Mat akan bertemu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mencalonkannya untuk mengisi kerusi presiden tetapi tidak mengesahkan beliau akan mene­rima pencalonan itu. Bekas Ketua Keselamatan Per­sekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu berkata, beliau akan bersemuka dengan TMJ terlebih dahulu untuk membincangkan perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Beliau bagaimanapun masih belum menetapkan tarikh pertemuan dengan TMJ yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT). “Buat masa ini saya hanya ingin berdiam diri. Saya ingin bersemuka dengan TMJ dahulu tetapi belum tahu bila. Sekarang baru Disember, Kongres Pemilihan FAM ke-53 akan diadakan pada 25 Mac 2017. “Masih jauh lagi. Kalau ada perkembangan lanjut saya akan maklumkan kepada anda (media),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Pada 6 November lalu, TMJ mencadangkan Aseh, yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, untuk menerajui FAM kerana berasakan beliau memiliki pengalaman, sifat neutral, berterus-terang selain mempunyai jawatan dalam badan induk tersebut. Selain Aseh, nama lain yang hangat diperkatakan untuk mengisi jawatan Presiden FAM sebagai pengganti Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa; dua tokoh koporat, Datuk Seri Idris Jala serta Tan Sri Tony Fernandes yang juga Pengerusi AirAsia FC.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img