Skuad Speedy Tiger yang mempamerkan aksi bertenaga sejak awal permainan tidak memerlukan masa lama untuk menghasilkan gol pertama menerusi pukulan sudut penalti Haziq Samsul pada minit keenam dan dia menambah gol kedua pada minit ke-20 menerusi gaya sama.

Belum puas dengan jaringan itu, Malaysia mempamerkan corak serangan berkualiti dan Speedy Tiger memperoleh jaringan ketiga menerusi gol padang Mohd. Fitri Shaari pada minit ke-22.

- Advertisement -

China yang dibimbing Song Yi berusaha merapatkan kedudukan dan berjaya memperoleh gol semangat menerusi gerakan padang yang disudahkan oleh Wong Bowen pada minit ke-33.

Bagaimanapun, usaha China untuk bangkit dipadamkan oleh gerakan bertenaga tuan rumah yang memperoleh gol keempat menerusi pukulan sudut penalti Shahril Saabah pada minit ke-37.

Firhan Ashari melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-54.

- Advertisement -

Sementara itu Pakistan, yang tewas 4-2 kepada Malaysia semalam, bangkit dengan permainan bertenaga untuk menang tipis ke atas Korea Selatan 1-0.

Abdul Khan muncul wira Pakistan apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-60.