Menurut seorang pegawai tentera, sekurang-kurangnya 25 anggota kumpulan militan terbunuh sejak serbuan dilancarkan awal pagi semalam.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, kumpulan pengganas Daesh telah membawa 550 keluarga dari kampung seluruh Mosul dan menjadikan mereka sebagai tembok manusia.

- Advertisement -

“Kami amat bimbang dengan laporan bahawa pengganas menggunakan orang awam di dalam dan sekitar Mosul sebagai perisai manusia ketika tentera Iraq mara.

“Situasi ini amat bahaya kerana kumpulan pengganas mungkin memilih membunuh mereka berbanding melihat mereka dibebaskan,” kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra’ad al Hussein, dalam satu kenyataan.

Jurucakap PBB, Ravina Shamdasani yang memetik sumber dari lokasi pertempuran berkata, 200 keluarga dipaksa berjalan ke Mosul dari perkampungan Samalia pada 17 Oktober lalu dan 350 keluarga lagi meninggalkan perkampungan Najafia ke Mosul pada hari sama.

- Advertisement -

“Ini menunjukkan alasan perpindahan itu ialah menggunakan mereka untuk tujuan perisai manusia,” katanya.

PBB juga turut menyiasat maklumat bahawa kumpulan pengganas itu telah membunuh 40 orang awam di sebuah perkampungan di luar Mosul. – REUTERS/AFP