spot_img
spot_img

Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan secara prinsip oleh ROS

spot_img

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diluluskan secara prinsip oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Kelulusan penubuhan parti itu dibuat selepas permohonan menggunakan nama ‘Bersatu’ ditolak dengan alasan sudah lebih enam parti lain yang menggunakan perkataan tersebut.”Nama (akronim) PPBM dipilih oleh mereka sendiri.

“Beberapa rundingan telah dibuat dengan ROS dan nama PPBM dipersetujui sebagai akronim untuk parti tersebut,” kata Zahid dalam sidang media selepas berucap sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.Kelulusan rasmi akan dikeluarkan selepas pihak PPBM memperinci tugas Pengerusi dan Presiden yang digariskan dalam perlembagaan parti.

- Advertisement -

“Ini kerana jawatan Pengerusi (kalau ikut dalam perlembagaan parti)  menyatakan tugasnya mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi. Manakala Presiden untuk mesyuarat majlis kepresidenan.”Jadi itu yang terdapat dalam perlembagaan mereka, dan saya tak masuk campur,” jelasnya.

 Selain nama parti, logo juga berubah selepas rundingan yang dibuat bersama ROS.Pihak ROS akan memberikan kelulusan bertulis sebaik sahaja berpuas hati dengan perincian yang diberikan berkaitan tanggungjawab Pengerusi dan Presiden parti berkenaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img