Menteri Pengangkutan, Edgar Alain Mebe Ngo’o, berkata kereta api dari bandar Yaounde menuju ke Douala itu tergelincir sebelum tiba di pusat bandar Eseka.

“Punca kemalangan masih disiasat dan sebahagian mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan tenat,” katanya kepada saluran CRTV selepas membuat lawatan ke lokasi kejadian.

- Advertisement -

Menurut Edgar, sebuah jambatan yang menghubungkan bandar Yaounde dan Douala runtuh akibat hujan lebat hari Khamis lalu, mengakibatkan ke­sesakan lalu lintas melampau dan memaksa pengguna untuk menaiki kereta api.

Dalam pada itu, Gabenor Doula, Dieudonne Ivaha Diboua memaklumkan, pasukan bantuan kecemasan dan anggota bomba dari bandar Eseka turut dike­rahkan ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan negri itu.

Serpihan kereta api tersebut dilaporkan bertaburan di landasan berhampiran dan hujan lebat dibandar itu turut menyukarkan operasi menyelamatkan mangsa.

- Advertisement -

Jalan yang menghubungkan bandar Younde dan Doula merupakan laluan perdagangan utama di Afrika Tengah dan menjadi antara laluan paling sibuk di negara ini. – AFP.