Jumlah tersebut adalah dua kali ganda lebih besar berbanding perbelanjaan kempennya sepanjang Ogos lepas.

Perbelanjaan yang besar itu digunakan ketika Trump berdepan kemerosotan da­lam jumlah pungutan suara serta kritikan pedas ahli-ahli partinya sen­diri yang mengecam ucapan-ucapan retorik beliau.

- Advertisement -

Jutawan hartanah itu sebelum ini kerap mem­bandingkan jumlah per­be­lanjaan pengiklanannya­ yang dikatakan jauh lebih rendah berbanding sete­runya daripada Parti De­mokrat, Hillary Clinton.

Namun pada bulan lalu, Trump didapati menghabiskan lebih AS$23 juta (RM93 juta) untuk iklan radio dan televisyen bagi mengukuhkan sokongan terhadap kempennya untuk menjadi Presiden AS.

Laporan kewangan kempen terbaharu yang difailkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan AS juga menunjukkan Trump telah membayar sebanyak AS$20 juta (RM83.47 juta) kepada firma digital Giles-Parscale.

- Advertisement -

Bekas pe­ngurus kempen Trump, Corey Lewandowski yang dipecat pa­da Jun lalu turut menerima bayaran tunggakan kontrak seba­nyak AS$100,000 (RM417,373).

Trump yang sebelum ini mengumumkan berjaya mengutip dana sebanyak AS$100 juta (RM417.37 juta) bulan lalu dilaporkan telah menggunakan lebih separuh daripada wang tersebut untuk meneruskan kempennya ke White House.

Dalam pada itu, Pre­siden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyifatkan kenyataan Trump yang ti­dak mahu menerima ke­putusan pilihan raya pada 8 November ini jika beliau tewas sebagai berbahaya.

“Kenyataan itu melemahkan demokrasi AS,’’ katanya semasa berucap pada perhimpunan kempen Hillary.

Terdahulu, Trump turut memberitahu para penyokongnya bahawa beliau hanya akan menerima keputusan pilihan raya itu jika beliau menang.

Namun beliau menambah akan turut me­nerima keputusan pilihan raya yang telus tetapi akan mencabarnya daripada segi undang-undang jika timbul persoalan dalam kepu­tusan tersebut. – Agensi